Maklumat Asas Pertanian Padi Dalam Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia

Maklumat Asas Pertanian Padi Dalam Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia

PENANAMAN PADI DI MALAYSIA – Pokok padi tergolong di dalam keluarga Gramineae. Terdapat 19 spesies padi, cuma dua spesies sahaja iaitu Oryza glaberima stend dan Oryza sativa L. yang ditanam dengan meluas. Oryza glaberima ditanam di Afrika dan Oryza sativa L. pula terdapat khasnya di Asia, Australia dan Amerika.

Oryza sativa L. boleh dibahagikan kepada tiga sub-spesies iaitu:-

  • Indica – Terdapat di Sri Lanka, India, Pakistan Tengah, Selatan, China, Taiwan dan Asia Tenggara.
  • Japonica – Terdapat di Utara dan Timur China, Jepun dan Korea.
  • Javanica – Terdapat di Indonesia.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN:

Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung. Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).

VARIETI YANG DISYORKAN

Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru (

Ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam (klik untuk lihat varieti-varieti padi). Varieti-varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:-

Tahan penyakit karah
Tahan gangguan di peringkat anak semai
Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak
Tidak mudah rebah
Masak serentak
Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera.
Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi. Disyorkan menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysian Standard MS 469-1993.

AMALAN KULTUR

Penyediaan tanah untuk sistem tanaman padi adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jenis sistem yang digunakan, iaitu samada sistem tabur terus kering, sistem tabur terus basah atau sistem mengubah. Dalam sistem mengubah pada amnya terdapat tiga peringkat pembajakan yang perlu dilaksanakan, iaitu:-

  • Pembajakan I (kering) dilakukan 27 hari sebelum menanam. Semburan racun rumpai 17-23 hari sebelum menanam.
  • Pembajakan II (kering atau basah) 7-10 hari sebelum menanam
  • Pembajakan III (basah) dan meratakan tanah 1 hari sebelum menanam.

Semasa kerja-kerja merata tanah dilakukan maka tidak perlu keadaan air hingga ke tahap 10 cm. Adalah memadai dengan sekali pembajakan dijalankan semasa musim hujan sekiranya terdapat kawalan rumpai yang memuaskan sebelum dan selepas penyediaan tanah. Pada keadaan air bertakung (10-30 cm), membajak dengan jentera adalah sukar. Kerja-kerja pembajakan akan mudah jika penyemburan racun rumpai (paraquat) pada kadar tidak lebih dari 2 liter/ha dijalankan terlebih dahulu.

Kerja-kerja penyediaan tanah adalah berbeza bagi sistem tabur terus kering dan tabur terus basah. Bagi tabur terus kering pembajakan pertama dilakukan dalam keadaan kering dan seterusnya dijalankan dengan berulang-ulang sehingga tanah menjadi halus serta rata.

loading...


Maklumat Asas Pertanian Padi Dalam Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia